AM

Permohonan Pindaan Amaun CP500 Perlu Dikemukakan Sebelum 31 Okt - LHDN

07/10/2025 06:38 PM

PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) -- Pembayar cukai yang menerima Notis Bayaran Ansuran (CP500) bagi Tahun Taksiran (TT) 2025 diingatkan untuk, sekiranya perlu, mengemukakan permohonan pindaan amaun ansuran sebelum 31 Okt ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa pindaan perlu dibuat menggunakan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502) yang boleh didapati di portal rasmi LHDN.

Borang CP502 yang lengkap diisi boleh dikemukakan kepada LHDN melalui serahan tangan, e-mel, pos atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas Pelanggan.

“Pindaan amaun CP500 boleh dibuat berdasarkan anggaran pendapatan diperoleh dan cukai kena dibayar bagi TT 2025, sama ada untuk mengurangkan atau menambah jumlah ansuran yang perlu dibayar,” menurut kenyataan itu.

LHDN turut mengingatkan pembayar cukai untuk menyemak amaun ansuran yang dipinda bagi mengelakkan kesilapan atau dikenakan kenaikan sekiranya perbezaan antara cukai kena dibayar dengan anggaran cukai dipinda melebihi 30 peratus.

“Pembayaran ansuran mengikut jadual baharu yang telah diluluskan boleh dibuat menggunakan nombor bil ditetapkan,” menurut LHDN.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan