ALOR SETAR, 7 Okt (Bernama) -- Situasi banjir di Kedah semakin pulih apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup sepenuhnya hari ini, dan hanya 140 orang daripada 40 keluarga masih berada di PPS setakat petang ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena yang dibuka sejak Jumaat lepas ditutup sepenuhnya pada 11.30 pagi tadi.
“Kesemua 140 orang masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Langgar, di sini yang dibuka sejak Ahad lepas.
“Mereka melibatkan penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh di Mukim Langgar/Limbong,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata cuaca ketika ini juga cerah walaupun hujan sekejap pada pagi tadi.
“Paras air di Sungai Pendang mencatat bacaan 2.74 meter melebihi paras bahaya 2.7 meter, manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar mencatat bacaan 1.93 meter melebihi paras amaran 1.8 meter,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial