EKONOMI

CelcomDigi Pertahan Tuntutan Pelanggaran Kontrak Yang Difailkan IMMA

06/10/2025 06:52 PM

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CelcomDigi Bhd, CelcomDigi Mobile Sdn Bhd merancang untuk mempertahankan tuntutan yang difailkan oleh IMMA Technology Sdn Bhd atas dakwaan pelanggaran perjanjian perkhidmatan yang ditandatangani pada Mac 2022. 

CelcomDigi melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia telah menerima notis timbang tara dari IMMA, yang menuntut RM72.59 juta atas dakwaan kehilangan keuntungan atau RM28.3 juta dalam perbelanjaan yang sia-sia.

Perjanjian perkhidmatan itu berkaitan dengan khidmat pendahuluan kredit dengan CelcomDigi. 

Menurut makluman tersebut, terma pembayaran dalam perjanjian itu adalah berdasarkan kepada pengaturan perkongsian pendapatan yang akan berkuatkuasa pada pelancaran perkhidmatan, dan tiada kos pendahuluan yang diperlukan untuk dibayar kepada IMMA.

Katanya, pelancaran perkhidmatan itu ditangguhkan dengan jangkaan penggabungan Celcom-Digi, yang mana permintaan baharu untuk cadangan tersebut dikeluarkan menjelang November 2023 bagi menangani pangkalan pelanggan yang  telah digabungkan

IMMA bagaimanapun tidak mengambil bahagian dalam proses tender baharu walaupun ditawarkan untuk berbuat demikian. 

 CelcomDigi turut menjelaskan bahawa timbang tara itu tidak dijangka mempunyai kesan material terhadap operasi atau aset bersih sesaham untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan