JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak Petang Semalam

03/10/2025 11:53 AM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata, S. Saamini kali terakhir dilihat di rumahnya di Seksyen 2 Bandar Rinching dan laporan kehilangannya diterima pada 4 petang semalam.

“Remaja berkenaan mempunyai fizikal kurus dan berketinggian 140 cm dengan  pakaian terakhirnya adalah kemeja-T putih dan seluar hitam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai S. Saamini diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat SM Zul Fahmi Yasin di talian 017-7038868.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan