AM

Pelaksanaan SKPS, BUDI95 Di Sarawak Berjalan Lancar - KPDN

30/09/2025 07:42 PM

KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan hari pertama Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di Sarawak berjalan lancar setakat ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Brian berkata pihaknya telah melakukan pemantauan di stesen minyak di seluruh negeri itu dan mendapati tiada sebarang aduan diterima.

Beliau berkata KPDN juga membuka kaunter SKPS di semua cawangan di Sarawak bagi memberikan penerangan serta bantuan kepada pemohon, selain menggerakkan pegawai penguat kuasa untuk membantu orang ramai.

“Kami akan memastikan SKPS ini dilaksanakan dengan lancar. Pegawai penguat kuasa akan ditempatkan di setiap stesen minyak di seluruh Sarawak untuk membuat pemantauan rapi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Shell Petra Jaya di sini, hari ini.

Matthew berkata KPDN akan melakukan pemeriksaan harian bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan termasuk memastikan petrol RON95 tidak diisi oleh pihak tidak layak khususnya warga asing.

“Kita menyeru semua pengusaha stesen minyak agar mematuhi peraturan serta menjalankan operasi secara berhemah dan beretika kerana pemantauan akan dilakukan setiap hari,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan