AM

Gempa Bumi Lemah Magnitud 3.5 Dikesan Di Perairan Batu Pahat - MetMalaysia

27/09/2025 02:01 PM

JOHOR BAHRU, 27 Sept (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat pada 9.04 pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berkenaan berada pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 103.1 darjah Timur, iaitu kira-kira 25 kilometer tenggara Batu Pahat dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Batu Pahat dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan