KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- MIMOS Holdings Sdn Bhd hari ini menjelaskan kerjasama dengan MyNasional Holdings Sdn Bhd hanya tertumpu kepada meneroka peluang kerjasama strategik melibatkan inisiatif kecerdasan buatan (AS).
Pengerusinya Prof Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod berkata kerjasama itu ketika ini masih di peringkat awal dan dimeterai secara rasmi melalui memorandum persefahaman (MoU).
“Fokus kerjasama ini hanya pada inisiatif AI. Kami tiada maklumat mengenai sebarang inisiatif ID Digital alternarif yang menjadi subjek bagi kerjasama khusus ini,” katanya dalam kenyataan.
MIMOS Holdings juga memaklumkan mereka tidak memiliki sebarang ekuiti atau pegangan dalam MyDigital ID, dan kerjasama itu tidak melibatkan sebarang perkongsian saham, pengambilan ekuiti atau penggabungan dengan MyDigital ID.
“MIMOS Holdings kekal komited sepenuhnya terhadap inovasi yang telus dan bertanggungjawab. Kami berharap dapat meneroka bagaimana kerjasama peringkat awal ini berpotensi memajukan aplikasi AI demi inisiatif digital negara,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial