DUNIA

FBM KLCI Kekal Di Zon Positif Pada Tengah Hari

26/09/2025 01:57 PM

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal di zon positif pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk pasaran itu menokok 7.07 mata kepada 1,605.54  daripada 1,598.47 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka pada 1,597.01 dan bergerak antara  1,595.32 dan 1,605.93 di sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya, bagaimanapun adalah negatif, dengan 505 kaunter rugi berbanding 419 kaunter untung, manakala 465 kaunter tidak berubah, 1,261 tidak diniagakan dan 48 digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.28 bilion unit bernilai RM1.35 bilion. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beliau optimis dengan prestasi FBM KLCI, didorong oleh peningkatan jumlah dagangan yang mencerminkan lonjakan pernyertaan dalam pasaran secara keseluruhan.

"Sehubungan dengan itu, kami menjangkakan indeks akan berlegar sekitar 1,595-1,610 untuk hari ini," katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menokok lima sen kepada RM9.84, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.31, Tenaga Nasional meningkat 16 sen kepada RM13.36 dan IHH Healthcare melonjak lapan sen kepada RM7.45, manakala CIMB Group tidak berubah pada RM7.24.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI naik satu sen kepada 86.5 sen, Tanco Holdings meningkat 1.5 sen kepada 90.5 sen dan Bumi Armada naik dua sen kepada 38 sen, manakala NexG Bina tidak berubah pada 10 sen dan Pharmaniaga susut satu sen kepada 27 sen.

Bagi kaunter paling untung, Nestle melonjak 38 sen kepada RM96.98, Malayan Cement meningkat 42 sen kepada RM7.15, Kelington Group menokok 18 sen kepada RM5.68, Petronas Dagangan naik 36 sen kepada RM22.48 dan Lim Seong Hai Capital menambah 15 sen kepada RM1.70 sen.

Sementara itu, kaunter saham paling rugi, Malaysian Pacific susut 30 sen kepada RM29.30, Fraser & Neave Holdings turun 18 sen kepada RM27.08, Batu Kawan merosot 14 sen kepada RM18.78, PPB Group turun 22 sen kepada RM10.10, dan Frontken Corp susut 128 sen kepada RM4.

Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas melonjak 34.45 mata kepada 11,974.87, Indeks FBM 100 melonjak 36.07 mata kepada 11,704.40, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 30.07 mata kepada 12,047.63 dan Indeks FBM ACE menambah 13.07 mata kepada  5,164.33, manakala Indeks FBM 70 turun 15.46 mata kepada 16,842.02.

Prestasi dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.08 mata kepada 173.16, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 61.43 mata kepada 18,092.63 dan Indeks Tenaga meningkat 8.29 mata kepada 788.20, manakala Indeks Perladangan turun 1.05 mata kepada 7,756.76.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan