KOTA TINGGI, 22 Sept (Bernama) -- Dua pemandu maut selepas kenderaan masing-masing bertembung di Kilometer 26 Jalan Kulai–Kota Tinggi pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang wanita berusia 47 tahun dan sebuah Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 37 tahun.
“Akibat kemalangan terbabit, kedua-dua mangsa warga tempatan itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta dalaman dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun, jika sabit kesalahan.
Yusof menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial