AM

MCTF 2025 Tarik 30,000 Pencari Kerja, Tawar 15,000 Peluang Kerjaya

20/09/2025 10:40 PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia (MCTF) 2025 dibuka hari ini di Pusat Pameran Mid Valley menarik kira-kira 30,000 individu yang mencari pekerjaan dan menampilkan 100 majikan terkemuka yang menawarkan 15,000 peluang kerjaya.

Pameran selama tiga hari itu diadakan dalam pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan, dengan 16.85 juta orang mempunyai pekerjaan dan kadar pengangguran stabil pada tiga peratus walaupun permintaan beralih kepada kemahiran digital, kepakaran dalam kemampanan dan pekerjaan ditawarkan di pelbagai lokasi.

MCTF 2025 dianjurkan secara bersama oleh Jobstreet by SEEK dan AIC Exhibitions.

“Buat kali pertama, MCTF akan diperluas selain Kuala Lumpur, dengan edisi di Johor Bahru dan Pulau Pinang pada akhir tahun ini untuk menghubungkan majikan dengan bakat di pusat serantau,” menurut Jobstreet by SEEK dalam kenyataan. 

Katanya mereka yang mencari pekerjaan di pameran itu akan mendapat manfaat daripada semakan resume secara percuma, bimbingan kerjaya, sesi soal jawab bersama majikan, demonstrasi kaedah latihan semula Jobstreet dan temu duga di tapak pameran tersebut.

Syarikat itu, yang mempunyai 6.9 juta calon berdaftar dan 13.1 juta kunjungan secara bulanan berkata ia akan terus melaksanakan pameran serantau dan menjalin kerjasama dengan majikan sehingga 2026.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan