KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ahli lembaga pengarah MClean Technologies Bhd mengatakan ia tidak tahu menahu sebab di sebalik kenaikan mendadak dalam harga dan volum saham syarikat itu.
Saham dibuka pada 47.5 sen hari ini dan melonjak mencecah 53 sen, tertinggi sejak beberapa bulan lepas.
MClean Technologies dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia bagi menjawab pertanyaan Bursa Malaysia mengenai aktiviti pasaran luar biasa (UMA), ia berkata ahli lembaga syarikat itu tidak tahu menahu mengenai sebarang penjelasan berkaitan aktiviti dagangan syarikat berkenaan.
“Ahli lembaga pengarah tidak mengetahui sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan berkenaan.
“Ini termasuk sebarang perkembangan terbaharu korporat berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini, ia mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan tersebut termasuk pada peringkat rundingan dan perbincangan,” kata MClean Technologies.
MClean Technologies dan ahli lembaga syarikat itu mematuhi keperluan penyenaraian Pasaran ACE (AMLR) Bursa Securities khususnya Peraturan 9.03 AMLR Bursa Securities mengenai kewajipan pendedahan segera.
MClean Technologies ialah syarikat pemegangan pelaburan yang menyediakan rawatan permukaan, pembersihan ketepatan dan perkhidmatan pembungkusan untuk produk daripada pemacu cakera keras dan elektronik pengguna kepada minyak dan gas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial