KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) -- Dua individu yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap tiga rumah di Kampung Mook, dekat Papar, pagi tadi ditemukan maut, petang ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua mangsa dijumpai serta berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas hampir empat jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. Maklumat mangsa belum diperolehi,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, JBPM Sabah menerima laporan mengenai kejadian pada 10.02 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba Penyelamat Papar bergegas ke lokasi terletak sejauh 35 kilometer.
Operasi ditamatkan pada 2.25 petang dan pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial