DUNIA

China Komited Tingkatkan Penglibatan Dalam Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Sejagat

10/09/2025 04:56 PM

GENEVA, 10 September (Bernama-CMG) -- Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu telah menyampaikan ucapan pada sesi ke-60 Majlis Hak Asasi Manusia PBB semalam untuk menerangkan pendirian China dalam bidang tadbir urus hak asasi manusia sejagat.

Chen berkata, tadbir urus sejagat tetap menghadapi cabaran besar dalam tempoh 80 tahun lepas sejak PBB ditubuhkan. Inisiatif Tadbir Urus Global bertujuan mendorong tatatertib antarabangsa berkembang ke arah yang lebih adil dan munasabah.

Dalam bidang tadbir urus hak asasi manusia, terdapat tiga pendirian yang dipegang China seperti berikut:

Pertama, menekankan kesamaan pada aspek kedaulatan negara dan mematuhi perundangan antarabangsa. Manifesto dan prinsip Piagam PBB harus dipatuhi, kedaulatan setiap negara dan hak mereka untuk memilih acuan bagi pembangunan hak asasi manusia secara bebas harus dihormati, manakala sebarang tindakan campur tangan terhadap urusan dalaman negara lain dengan alasan hak asasi manusia tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam konteks ini, China menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan hak dan kepentingan bangsa yang holistik.

Kedua, mengekalkan amalan multilateralisme dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa. Langkah-langkah unilateral seperti tindakan paksa sepihak harus ditentang sekeras-kerasnya.

Ketiga, menggalakkan penglibatan yang berpusatkan rakyat dan bertindak menggariskan hala tuju. Rakyat adalah peserta dan penerima manfaat tadbir urus sejagat.

"Hendaklah memberi nafas baharu kepada Majlis Hak Asasi Manusia dalam pelaksanaan misinya untuk memacu dan melindungi hak asasi manusia, dengan menegakkan kesamaan dan keseimbangan, serta mempercepat langkah dalam mengukuhkan hak ekonomi, sosial, budaya dan pembangunan,”katanya.

Chen menekankan bahawa China komited meningkatkan penglibatan tadbir urus hak asasi manusia sejagat berdasarkan prinsip saling menghormati dan saksama, serta bersama dengan pelbagai negara mendorong usaha hak asasi manusia global berkembang ke arah yang lebih sihat.

–BERNAMA-CMG

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan