AM

Asyraf Wajdi Ucap Takziah Kepada Keluarga 5 Pelajar IKM Maut Dalam Nahas Jalan Raya

05/09/2025 10:15 PM

KOTA KINABALU, 5 Sept (Bernama) -- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu yang maut dalam nahas di Jalan Sulaman berhampiran Pusat Latihan Rela, Tuaran hari ini.

Beliau berkata dalam insiden pada kira-kira 2 petang itu, semua pelajar lelaki berusia 20 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas.

“Difahamkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran berkenaan, Asyraf Wajdi turut memuat naik foto serta nama pelajar yang terkorban iaitu Mohammad Ikhwan Kurniawan, Harianto Anuar, Danial Sarag, Mohamad Zuhaikal dan Neil Stanley Pletinie.   

Asyraf Wajdi berkata beliau telah meminta Pengarah MARA Sabah dan pengurusan IKM Kota Kinabalu menghubungi keluarga pelajar berkenaan dengan segera serta membantu segala keperluan selain mempermudah urusan jenazah mereka.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan