DUNIA

China, Rusia Ikrar Perkasa Kerjasama Antara Parlimen

26/08/2025 06:21 PM

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-CMG) -- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji dan Pengerusi Duma Negara Rusia, Vyacheslav Volodin bersama-sama mempengerusikan mesyuarat ke-10 Jawatankuasa Kerjasama Parlimen China-Rusia yang berlangsung di Beijing pada Isnin.

Zhao berkata perkongsian koordinasi strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu mengekalkan momentum perkembangan yang sihat, stabil dan bertaraf tinggi di bawah bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara.

Rasa saling percaya dalam politik terus diperkukuh, penyelarasan strategik semakin erat dan kerjasama dalam pelbagai bidang dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Parlimen China-Rusia.

Zhao berkata NPC bersedia bersama Perhimpunan Persekutuan Rusia untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memanfaatkan sepenuhnya pelbagai platform dan mekanisme kerjasama, memperkasa pertukaran dan kolaborasi agar mendorong perkembangan perkongsian koordinasi strategik komprehensif pada era baharu.

Sementara itu, Volodin berkata pihaknya bersedia meningkatkan pertukaran muhibah dengan NPC, memanfaatkan platform jawatankuasa berkenaan sekali gus menyumbang kepada pengukuhan kerjasama bilateral, penambahbaikan iklim perniagaan serta pemerkasaan pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.

–BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan