AM

AmanahRaya Lancar 'Family Care Trust", Inisitiaf Khusus Pengurusan Dan Agihan Harta Pusaka

26/08/2025 04:20 PM

KUALA LUMPUR 26 Ogos (Bernama) -- Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini melancarkan ‘Family Care Trust’, satu produk eksklusif yang direka khusus untuk pelanggan bagi pengurusan dan pengagihan harta pusaka.

Inisiatif yang pertama seumpamanya di pasaran tempatan itu adalah sebahagian daripada usaha AmanahRaya untuk memperluas perkhidmatan, selaras dengan kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan perancangan pewarisan utama di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata ‘Family Care Trust’ menggabungkan produk Amanah ‘Safecare’, Amanah Hartanah dan Amanah Kebajikan dalam satu pakej, di samping perkhidmatan wasiat dan hibah.

“Ia direka khusus untuk pelanggan bagi memastikan pengurusan dan pengagihan harta pusaka mereka kelak dapat dijalankan dengan lebih lancar, sambil memelihara legasi merentasi generasi.

“Hal ini membuktikan komitmen AmanahRaya untuk sentiasa menambah baik produk dan perkhidmatan agar bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Kami yakin ‘Family Care Trust’ dapat memperkukuh produk pewarisan sedia ada bagi membantu keluarga di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Feizal berkata setakat 31 Julai lepas, dianggarkan sebanyak 1.2 juta wasiat telah didaftarkan di AmanahRaya, 350,000 kes pusaka dan 200,000 fail amanah dengan nilai RM22 bilion diuruskan.

Beliau berkata AmanahRaya berharap lebih ramai masyarakat di Malaysia akan memulakan perancangan pewarisan menerusi inisiatif baharu yang menawarkan produk amanah dengan nilai tambah komprehensif dan menarik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan