Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kenaikan harga minyak, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang semakin berkurangan di kawasan pengeluar getah asli utama berikutan ramalan musim hujan.
“Agensi meteorologi di negara pengeluar getah utama dunia Thailand telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan pengumpulan air yang mungkin menyebabkan banjir kilat dan limpahan air bermula 24 hingga 27 Ogos 2025,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun peningkatan selanjutnya dihadkan oleh harapan yang semakin pudar terhadap gencatan senjata segera dalam konflik Rusia-Ukraine yang berterusan serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.
Pada 5 petang, ringgit meningkat kepada 4.2010/2085 daripada 4.2245/2295 semasa ditutup pada Jumaat.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 15.5 sen kepada 742 sen sekilogram manakala susu getah pukal rendah 1.0 sen kepada 566.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial