AM

Empat Sekeluarga Sesat Ketika Mendaki Di Berapit Ditemukan Selamat

24/08/2025 10:45 AM

BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos (Bernama) -- Empat sekeluarga melalui detik cemas selepas sesat lebih tiga jam ketika mendaki di Berapit Hill Trail, di sini sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 8.08 malam memaklumkan sepasang suami isteri dan dua anaknya, sesat di kawasan hutan tersebut.

“Mereka dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan itu dan difahamkan keluarga tersebut telah mendaki bermula 6 petang, sebelum gagal menemui laluan untuk turun semula ke kaki bukit serta bertindak menghubungi pihak berkuasa.

“Kesemua mereka telah ditemukan dalam keadaan selamat pada 10.09 malam oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat, sebelum seterusnya dibawa turun ke kaki bukit,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bukit Mertajam tamat sepenuhnya pada 10.58 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan