GEORGE TOWN, 16 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 5,049 akaun pengguna di kawasan Jalan Lingkaran Luar Butterworth dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada Selasa ini.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan itu bermula 10 pagi hingga 3 petang kerana penutupan injap 450mm bagi kerja simulasi injap di kawasan berkenaan.
“Akaun pengguna yang terlibat ialah di kawasan Taman Perkasa, Taman Meranti, Bagan Lebai Tahir, Pantai Bersih, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Taman Ratna dan Pantai Robina.
“Selain itu, kawasan yang turut mengalami gangguan bekalan air pada Selasa ialah seluruh Kawasan Jalan Teluk Air Tawar, Pantai Robina, Taman Senangan Taman Seri Tawar dan Taman Telok Permai,” menurut hantaran di laman Facebooknya hari ini.
PBAPP memaklumkan sebanyak 2,500 akaun pengguna di Balik Pulau, dekat sini turut mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Rabu hingga 6 pagi keesokannya kerana kerja-kerja pemasangan paip 300mm MS.
Kawasan yang terlibat ialah di sepanjang Jalan Pondok Upeh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Lorong Seri Genting, Lorong Seri Genting 1-14, Lorong Pondok Upeh, Solok Pondok Upeh, Lintang Pondok Upeh, Lintang Pondok Upeh 1-4 dan lorong 1 hingga 6 Taman Simpang Jaya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial