JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Sahkan Anak Bekas Menteri Diserang

13/08/2025 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang. 

“Kejadian tersebut berlaku...ketika mangsa dilaporkan bersama ibunya dan pemandu mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Shazeli berkata mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor. 

Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan