KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Senegal berusaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, haji, wakaf dan industri halal yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkenaan menjadi antara tumpuan perbincangan ketika beliau menerima kunjungan hormat Menteri Integrasi Afrika dan Hal Ehwal Luar Senegal, Yassine Fall, hari ini.
“Kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk perkembangan di Asia Barat dan benua Afrika,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Fall berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari bermula hari ini, sebagai timbal balas kepada lawatan rasmi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ke Senegal pada Mei 2024.
Pada 2024, jumlah dagangan Malaysia dengan Senegal bernilai RM1.37 bilion, dengan eksport Malaysia berjumlah RM1.35 bilion dan import bernilai RM14.1 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial