AM

Rayer Dilantik Sebagai Pengerusi PHEB

10/08/2025 05:41 PM

GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer sebagai Pengerusi lembaga itu berkuat kuasa dari 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

Menurut kenyataan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pertama PHEB yang berlangsung pada hari ini dan turut melantik Senator Dr A. Lingeshwaran sebagai Timbalan Pengerusi.

"Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S. Sundarajoo dilantik sebagai Exco yang bertanggungjawab menyelaras hal-hal berkaitan dengan kerajaan negeri.

"PHEB berharap dapat bekerjasama di bawah kepimpinan RSN Rayer untuk berkhidmat dan memperkasakan komuniti Hindu di Pulau Pinang," menurut kenyataan itu hari ini.

Pada 1 Ogos lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan 19 Pesuruhjaya PHEB baharu bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

Selain Rayer dan Lingeshwaran, antara yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam K. Kumaran, ADUN Batu Uban A. Kumaresan dan Pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk J. Dhinagaran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan