DUNIA

CAEXPO Berperanan Penting Pacu Kerjasama China-ASEAN

17/09/2025 02:46 PM

BEIJING, 17 Sept (Bernama-CMG) -- Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 dirasmikan pada Selasa di bandar Nanning, ibu kota wilayah Guangxi, serentak dengan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam satu sidang taklimat berkata ASEAN sentiasa menjadi keutamaan dalam hubungan luar China serta wilayah penting bagi pelaksanaan Jalur dan Laluan (BRI) yang bermutu tinggi.

"Di bawah pimpinan strategik pemimpin kedua-dua pihak, kerjasama pragmatik antara China dengan ASEAN dalam pelbagai bidang diperkasakan, manakala hubungan ekonomi dan perdagangan terus mengekalkan trend perkembangan yang baik," kata Lin.

Beliau berkata China mengekalkan kedudukan sebagai rakan dagang terbesar bagi ASEAN sejak 2009, manakala kedua-dua pihak saling menjadi rakan dagang terbesar selama lima tahun berturut-turut.

"Jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN mencatat US$686.78 bilion dari Januari hingga Ogos lalu, meningkat 8.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Sementera itu, jumlah keseluruhan pelaburan kedua-dua pihak telah melebihi US$450 bilion setakat Julai lalu," katanya.

Lin berkata, CAEXPO berfungsi sebagai platform penting kepada China dan ASEAN bagi memperkasakan kerjasama dan mendorong integrasi ekonomi serantau.

"China bersedia bersama negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan peranan platform CAEXPO dan membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat," kata beliau.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan