KOTA KINABALU, 12 Sept (Bernama) -- Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 396 orang daripada 126 keluarga petang ini, berbanding 409 orang daripada 110 keluarga pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 247 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan di Penampang, manakala 149 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan di Beaufort.
Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Sukan Penampang menempatkan (58 mangsa, 16 keluarga), Dewan Huguan Siau (141 mangsa, 44 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (48 mangsa, 13 keluarga).
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin ditutup.
Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.
“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial