AM

PM Anwar Tunai Solat Jumaat Di Masjid Darul Hana, Kuching

12/09/2025 03:43 PM

KUCHING, 12 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya, di sini, diiringi pimpinan tertinggi kerajaan negeri bersama lebih 1,000 jemaah.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut bersembahyang bersama beliau.

Terdahulu, Anwar merasmikan bangunan tambahan baharu X-FAB Sarawak, peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog, campuran isyarat dan khusus di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya di sini.

Petang ini, beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kompleks Satria Pertiwi, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang menaiki pesawat khas.

Lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Sarawak bermula semalam di Limbang, di mana beliau merasmikan fasa kedua Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR 2).

Beliau turut menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak dan Majlis Makan Malam bersama komuniti setempat di sebuah hotel di sini.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan