KUANTAN, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri melalui Tourism Pahang terus memperkukuh sektor pelancongan dengan menganjurkan Jelajah Promosi Pelancongan Pahang ke India 2025.
Tourism Pahang dalam kenyataan hari ini, memaklumkan inisiatif tersebut melibatkan dua bandar utama India iaitu New Delhi pada 24 Sept dan di Chennai 26 Sept.
Ia antara lain memberi tumpuan kepada jaringan perniagaan kepada perniagaan (B2B) melibatkan ejen dan pengusaha pelancongan serta syarikat penerbangan.
“Matlamat utama jelajah ialah memperkukuh kerjasama strategik antara industri pelancongan Pahang dan India serta membuka peluang bagi pakej percutian lebih menarik dan tersusun,” menurut kenyataan itu.
Antara produk pelancongan ikonik Pahang akan diperkenalkan ialah percutian tanah tinggi di Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands selain pantai eksotik seperti Cherating dan Pulau Tioman serta keunikan Taman Negara yang berusia lebih 130 juta tahun.
Pahang berhasrat menjadi destinasi pilihan utama pelancong India sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri sebagai The Heart of Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial