SUKAN

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

07/09/2025 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga selepas menumpaskan China 4-1 pada aksi penentuan tempat ketiga hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Universiti Bihar, India, skuad kendalian Sarjit Singh bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit kelapan menerusi gol pukulan sudut penalti Norsyafiq Sumantri.

Malaysia menampilkan aksi yang lebih baik pada babak kedua apabila Mohamad Akhimullah Anuar Esook menjaringkan dua gol padang pada minit ke-36 dan 50.

Speedy Tigers menoktahkan kemenangan bergaya 4-1 selepas Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menjaringkan gol keempat menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

China bagaimanapun berjaya memperoleh gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Gao Jiesheng pada minit ke-54.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan