AM

Johor Sumbang RM2.5 Juta Untuk Rakyat Palestin

07/09/2025 09:58 PM

JOHOR BAHRU, 7 Sept (Bernama) -- Kerajaan Johor hari ini menyalurkan sumbangan berjumlah RM2.5 juta kepada rakyat Palestin menerusi Tabung Kasih Johor-Palestin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sumbangan diserahkan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail kepada Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali selepas majlis solat hajat dan doa selamat di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

"Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi baginda bagi membantu rakyat Palestin," katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata majlis bagi memohon kesejahteraan Johor, Malaysia dan rakyat Palestin turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta barisan pemain dan jurulatih skuad Harimau Malaya dan Palestin.

Skuad Harimau Malaya akan menghadapi aksi persahabatan Tier 1 menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan