AM

Dua Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kepala Batas

06/09/2025 10:26 PM

KEPALA BATAS, 6 Sept (Bernama) -- Dua pemandu maut manakala seorang penumpang cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung antara satu sama lain di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa yang maut ialah pemandu kereta Perodua Myvi Tan Kwang Sin, 56, dan pemandu Proton Iswara Muhamad Haziq Adnan, 22.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.22 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam dikerah ke lokasi kejadian.

"Kesemua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta masing-masing dan pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa setengah jam dengan pemandu Myvi telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

John berkata Muhamad Haziq, yang mengalami kecederaan parah, meninggal dunia di hospital sama ketika menerima rawatan manakala penumpang wanita kereta Myvi pula cedera parah termasuk patah tangan kiri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan