KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Klasik London 2025 selepas menewaskan pemain tuan rumah, Jasmine Hutton pada Jumaat.
Pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 itu hanya memerlukan 20 minit untuk mengatasi Hutton 11-9, 11-5 dalam aksi suku akhir kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus emas di Alexandra Palace, London.
Juara bertahan itu dijadual berdepan pemain ranking kelima dunia dari Mesir, Amina Orfi, pada separuh akhir.
Sementara itu, pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow turut mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan wakil tuan rumah, Marwan ElShorbagy, 11-9, 11-9.
Eain Yow, yang kini menghuni ranking ke-12 dunia, bakal berdepan pemain nombor tiga dunia dari New Zealand, Paul Coll, untuk perebutan tiket ke final.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial