SUKAN

Pemenang Piala Dunia Gerard PiquÉ Lawat Stadium Sultan Ibrahim

03/09/2025 09:36 AM

ISKANDAR PUTERI, 3 Sept (Bernama) -- Bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Gerard Piqué berkesempatan melawat gelanggang rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail membawa sendiri bekas Kapten FC Barcelona itu melawat stadium berkenaan.

Menerusi hantaran Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, beberapa keping gambar pertemuan pemenang Piala Dunia 2010 itu bersama Tunku Mahkota Ismail itu turut memaparkan Piqué melihat sendiri permukaan padang Stadium Sultan Ibrahim.

Piqué, yang pernah menjulang trofi Piala Dunia 2010 serta Kejuaraan Eropah 2012 bersama pasukan kebangsaan Sepanyol, kini berada di Johor untuk beberapa program minggu ini.

"Pique turut singgah ke Arena Larkin sebelum mengunjungi Home of the Southern Tigers

"Antara yang dibincangkan ialah peluang dan potensi untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa kelab di Stadium Sultan Ibrahim dan kerjasama dalam setiap aspek. Luaskan Kuasamu Johor," menurut hantaran berkenaan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan