KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Malaysia sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam hal berkaitan pengurusan tenaga kerja mahir di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pada masa sama, keperluan terhadap kepakaran antarabangsa dalam bidang-bidang strategik juga perlu diseimbangkan, antara lain memastikan pengurusan tenaga mahir dari luar negara selaras dengan keperluan pembangunan negara.
“Penyelarasan yang baik akan membantu menjamin kelancaran ekonomi, pembangunan teknologi serta memperkukuh daya saing negara di peringkat global.
“Insya-Allah, kita mampu melahirkan lebih ramai bakat tempatan yang berkualiti tinggi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga luar dalam jangka panjang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Ekspatriat yang berlangsung di Putrajaya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial