JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Lelaki Disyaki Terbabit Kes Bunuh Di Jalan Horley

28/08/2025 10:54 AM

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan Horley di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata bertindak atas maklumat risikan, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, kira-kira 10 malam tadi.

“Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau. Turut dirampas dua buah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata penahanan itu kemudian membawa kepada rampasan dua batang anak kunci serta sebuah lori berwarna putih di Taman Idaman Square di sini. 

Abang Zainal Abidin berkata motif kes masih dalam siasatan dan permohonan reman akan dilakukan hari ini.

Semalam, polis mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes tersebut selain telah mengenal pasti pemilik dan pemandu sebuah lori bonded yang terbabit dengan kes berkenaan.

Abang Zainal Abidin turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan