EKONOMI

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Prestasi Serantau, Harga Minyak Mentah

27/08/2025 05:54 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Dagangan pasaran getah Malaysia ditutup rendah sedikit pada Rabu, menjejaki kerugian pasaran hadapan serantau serta harga minyak mentah selain data ekonomi China yang lemah, kata peniaga.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent turun 0.33 peratus kepada US$66.98 setong.

Beliau berkata pasaran hadapan getah Jepun juga rendah ketika peniaga meneliti impak risiko iklim serta ketidaktentuan ekonomi global.

“Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh kebimbangan berkaitan bekalan getah asli yang terhad,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyatakan harga Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 susut 6.0 sen kepada 745.5 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 571 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan