DUNIA

Forum Pertukaran Sesama Rakyat SCO Berlangsung Di Beijing

26/08/2025 11:16 PM

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-CMG) -- Forum Pertukaran Rakyat ke Rakyat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 berlangsung di Beijing pada Isnin.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Sekretariat SCO, menyaksikan kehadiran lebih 100 tetamu termasuk tokoh-tokoh daripada lingkungan politik, budaya dan media negara-negara SCO.

Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov dan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyampaikan perutusan tahniah atas kejayaan acara berkenaan.

Presiden CMG Shen Haixiong, Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev serta wakil-wakil media dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pakistan, Rusia dan Uzbekistan bersama-sama melancarkan mekanisme kerjasama media SCO dan mengeluarkan inisiatif yang berkaitan.

Sempena penganjuran acara itu, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) turut melancarkan aktiviti "China Up Close · A Journey of Harmony" bersama media arus perdana dari negara anggota SCO.

Wartawan dari 42 negara akan dibawa melawat ke bandar Tianjin, provinsi Shaanxi dan Shandong serta beberapa tempat lain untuk menyaksikan perjalanan ditempuh China ke arah modenisasi.

–BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan