SUKAN

Kejuaraan Kelab ASEAN: JDT Bergaya Raih Tiga Mata

21/08/2025 09:04 PM

ISKANDAR PUTERI, 21 Ogos (Bernama) -- Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN dengan bergaya apabila menewaskan Lion City Sailors (LCS) 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini hari ini. 

Penyerang import Brazil Joao Vitor Brandao Figueredo menjadi watak utama kemenangan Harimau Selatan selepas meledak dua gol pantas dalam tempoh 16 minit pertama permainan.

Gol pembukaan hadir menerusi sepakan penalti pada minit ke-11 yang disempurnakan dengan oleh Figueredo, sebelum menggandakan jaringan menerusi rembatan deras, lima minit kemudian.

Penyerang muda JDT Arif Aiman Mohd Hanapi meletakkan tuan rumah dengan kedudukan selesa apabila menjaringkan gol ketiga pada masa tambahan.

Bagaimanapun, wakil Singapura yang tidak pernah putus asa akhirnya memperoleh gol sagu hati pada minit terakhir perlawanan menerusi Muhammad Shawal Anuar.

Kemenangan pertama ini meletakkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu menghuni tangga teratas kumpulan dengan tiga mata.

JDT bakal menerima kunjungan wakil Thailand, True Bangkok United FC pada 25 Sept depan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan