AM

Warga Emas Maut Motosikal Langgar Tiang Papan Tanda Iklan

18/08/2025 07:07 PM

TUMPAT, 18 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang papan tanda iklan di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Wakaf Bharu ke Kota Bharu telah hilang kawalan selepas melalui bulatan Pasir Pekan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang berkenaan yang kemudian tumbang di laluan utama. 

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tumpat.

“Mayat warga emas itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-7257222.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan