KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah pada Khamis, bertentangan dengan trend kenaikan yang dapat disaksikan di pasaran emas COMEX AS.
Walaupun optimis terhadap potensi pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan AS dan perbincangan yang dijangka antara AS-Rusia minggu ini, namun ia tidak memberi kesan kepada komoditi itu di peringkat domestik.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut kepada US$3,358.20 setiap auns troy daripada US$3,364.10 setiap auns troy ketika ditutup Rabu.
Kontrak September 2025 merosot kepada US$3,363.90 setiap auns troy daripada US$3,369.80 setiap auns troy semalam, Oktober 2025 turun kepada US$3,393.00 setiap auns troy daripada US$3,399.20 setiap auns troy dan November 2025 rendah kepada US$3,410.70 setiap auns troy daripada US$3,416.60 setiap auns troy.
Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 masing-masing ditutup lebih rendah kepada US$3,430.20 setiap auns troy daripada US$3,436.10 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan susut kepada 20 lot daripada 21 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47 kontrak daripada 54 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada US$3,364.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 13 Ogos, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial