KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Manulife Malaysia (Manulife) mengulangi komitmennya dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia menerusi perlindungan insurans kesihatan yang menyeluruh dan mengutamakan keperluan rakyat.
Ketua Pegawai Pemasaran Manulife Malaysia Marilyn Wang berkata komitmen itu dizahirkan menerusi penawaran pelbagai produk termasuk Manulife Health Saver Enrich (MHSE) dan Beyond Critical Cover (BCC), yang direka khas untuk membantu rakyat Malaysia dalam setiap fasa penjagaan kesihatan.
“Produk berkenaan bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan akibat penyakit serius, tetapi juga menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat demi kesejahteraan jangka panjang,” katanya berucap pada sesi ekslusif bersama Manulife Malaysia dan Cancer Research Malaysia (CRMY) mengenai Kanser, Perncegahan dan Perlindungan di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan Kajian Asia Care 2024 yang dijalankan oleh Manulife, sebanyak 45 peratus Malaysia melihat kanser sebagai ancaman utama terhadap kesihatan mereka pada masa hadapan.
“Pada masa sama, mereka juga berhadapan dengan kenaikan kos penjagaan kesihatan sebanyak 29 peratus, mencatatkan kadar kedua tertinggi di Asia dan 71 peratus berpendapat bahawa manfaat kesihatan daripada majikan sahaja tidak memadai untuk menjamin kesejahteraan jangka panjang,” katanya.
Wang berkata antara manfaat ditawarkan termasuk perlindungan untuk vaksinasi utama, sokongan kesejahteraan mental serta pemulihan pascarawatan hingga 365 hari.
“MHSE menyediakan penjagaan susulan hingga lima tahun bagi pesakit kanser selepas pemulihan, membantu memantau risiko penyakit berulang dan menyokong keperluan jangka panjang dengan lebih terancang.
“MHSE turut menawarkan diskaun hingga 40 peratus ke atas caj insurans bagi setiap tahun bagi pelanggan yang tidak membuat tuntutan,” katanya sambil menambah pelan itu juga memanfaatkan seisi keluarga menerusi had tahunan hingga RM20 juta, dengan tawaran perlindungan fleksibel untuk pasangan serta lima anak dalam satu polisi, termasuk diskaun tambahan kepada seisi keluarga untuk lebih penjimatan.
Mengenai Manulife BCC, beliau berkata ia menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap 48 jenis penyakit kritikal termasuk kanser.
“Menerusi ciri BCC Booster, jumlah perlindungan akan meningkat secara automatik sebanyak lima peratus setiap tahun, dengan peningkatan ini berdasarkan inflasi perubatan dan kenaikan kos rawatan,” katanya.
Dengan manfaat tambahan seperti bayaran untuk kemasukan ke ICU dan rawatan hospital jangka panjang, katanya BCC bertindak sebagai pelindung kewangan agar pelanggan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pemulihan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia Vibha Coburn berkata insurans kesihatan bukan sahaja bertindak sebagai perlindungan, tetapi satu bentuk sokongan untuk membolehkan setiap individu menguruskan aspek kesejahteraan hidup mereka.
“Kami sentiasa berusaha untuk mempermudah perlindungan kesihatan agar lebih proaktif dan sesuai dengan keperluan harian rakyat Malaysia,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai MHSE, BCC, dan bagaimana Manulife mengubah landskap perlindungan kesihatan anda dan keluarga, layari laman web www.manulife.com.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial