AM

Sistem PADU Integrasi Data Kemas Kini 30.4 Juta Profil Setakat Jun 2025 - Kementerian Ekonomi

23/07/2025 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah mengintegrasi data daripada 204 agensi bagi mengemas kini 30.4 juta profil individu warganegara dan pemastautin tetap setakat Jun 2025.

Kementerian Ekonomi menerusi jawapan bertulis yang dimuat naik di portal Dewan Rakyat memaklumkan penggunaan data PADU akan membolehkan kerajaan mengenal pasti kumpulan sasar bagi program intervensi termasuk penyaluran subsidi. 

"Secara prinsip, kerajaan telah memaklumkan cadangan peralihan kaedah pengenalpastian kumpulan sasar daripada pengelasan kumpulan pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 kepada pendapatan boleh guna bersih (NDI).

"Ia adalah pengukuran pendapatan isi rumah berasaskan perbezaan antara pendapatan boleh guna dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), merujuk kepada jumlah perbelanjaan bulanan yang  diperlukan oleh isi rumah/individu untuk mencapai kehidupan wajar," katanya.

Kementerian itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang bertanya sejauh mana sistem PADU dapat membantu penyaluran subsidi yang adil dan tepat. 

Menurut Kementerian Ekonomi, perkongsian data PADU dapat menambah baik perancangan dasar dan pelaksanaan program atau projek di samping mengoptimumkan penggunaan sumber kerajaan. 

"Ini bertujuan untuk meminimumkan ralat pemasukan dan penyisihan serta membolehkan proses pemantauan dan penilaian yang lebih baik," katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan