KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiada kenaikan bil elektrik kepada majoriti pengguna domestik Semenanjung Malaysia susulan penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa bulan ini.
Malah beliau berkata sebanyak 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus bagi Julai 2025 untuk penggunaan sama, berbanding enam bulan pertama tahun ini.
“Maknanya, ada penurunan sehingga 14 peratus. Tidak seperti yang jadi fitnah di luar.
“...Dan jangan umpamanya, mengandaikan kenaikan. Tidak ada kenaikan. Oleh kerana kos minyak (jana elektrik) itu menurun sekarang, walaupun tarif elektrik itu bermulai Julai 2025, bil elektrik rakyat tidak naik,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial