AM

Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri, Labuan Hingga 11 Pagi

11/07/2025 09:45 AM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan Labuan hingga 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan Bandar Baharu di Kedah dan Pulau Pinang meliputi daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Keadaan sama dijangka berlaku di Perak melibatkan kawasan Kerian, Selangor (Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) serta Kudat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan