AM

Lelaki Meninggal Dunia Semasa Sertai Aktiviti Korban Di Lumut

08/06/2025 10:43 AM

IPOH, 8 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki meninggal dunia semasa menyertai aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu sempena Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan dekat Lumut semalam.

Mangsa dikenali sebagai Radzuan Nanyan, 50, dilaporkan pengsan di sebuah kawasan padang di lokasi ibadah korban tersebut dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa disahkan mengalami serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata pihaknya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan orang ramai membantu urusan membawa lelaki itu ke hospital menaiki ambulans sebaik insiden itu berlaku.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan