AM

Keluarga Diraja Johor Kurnia 230 Lembu Korban

07/06/2025 07:01 PM

JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) -- Sebanyak 230 ekor lembu dikurniakan untuk ibadah korban oleh Keluarga Diraja Johor kepada golongan yang memerlukan bersempena Aidiladha.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz berkata kurniaan tersebut kerana bukan sahaja meringankan beban penerima tetapi turut menyemarakkan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kalangan bangsa Johor.

Beliau menyifatkan pengurniaan itu sebagai semangat Aidiladha yang sebenar iaitu memperkukuhkan silaturrahim dan menyalurkan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, serta seluruh Keluarga DiRaja Johor atas kurniaan sebanyak 230 ekor lembu korban kepada rakyat Johor, khususnya kepada golongan yang memerlukan, sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M.

"Patik serta seluruh rakyat jelata, khususnya warga Machap dan Simpang Renggam, sentiasa mendoakan semoga Tuanku sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan usia, serta terus memimpin negeri Johor Darul Ta'zim dan negara Malaysia dengan penuh kebijaksanaan, keamanan dan kemakmuran," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan