GEORGE TOWN, 2 Jun (Bernama) -- Sebanyak 19 ekor kambing mati selepas kandang menempatkan ternakan itu terbakar di Kampung Jawa, Bayan Lepas, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 12.58 tengah hari.
“Kandang kambing kelas C itu musnah 90 peratus. Hanya seekor kambing berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejadian turut mengakibatkan tiga kereta dan sebuah lori satu tan yang berada berhampiran kandang itu terbakar antara 30 hingga 90 peratus.
John berkata operasi pemadaman dilakukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama dua jentera.
“Api dapat dikawal pada 1.07 tengah hari sebelum kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 2 petang,” katanya sambil menambah punca serta jumlah kerugian sedang disiasat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial