KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Guardian Malaysia secara rasmi melancarkan program MYguardian Rewards melalui aplikasi guardianMY, platform generasi baharu digital sepenuhnya, digamifikasi dan diperibadikan sebagai ganjaran untuk setiap pembelian, serta menawarkan pengalaman membeli-belah lebih menarik.
Pengarah Urusan Guardian Malaysia dan Brunei Priscilla Wu berkata platform MYguardian Rewards bukan sekadar program kesetiaan tetapi ekosistem digital yang intuitif dan dibina khusus untuk pelanggan.
“Ia direka khas untuk anda, pelanggan Guardian, menawarkan ganjaran dan pengalaman eksklusif yang diperibadikan serta-merta dengan setiap imbasan. Paling hebat, ia adalah percuma!,” katanya dalam kenyataan.
Priscilla berkata sejak pelancarannya pada awal Mac lepas, program itu telah mencetus fenomena dengan lebih tiga juta rakyat Malaysia mendaftar, menjadikannnya satu daripada program kesetiaan paling popular di Malaysia, dengan lebih RM5 juta dalam bentuk ganjaran tunai diagihkan setakat ini.
“Ini bukan sekadar program kesetiaan - ia sebagai penghargaan kami kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka,” kata Priscilla.
Priscilla berkata dengan Guardian, pengguna bukan sekadar berbelanja malah melabur dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kini ganjaran untuk diri sendiri dan syarikat berhasrat menjadikan MYguardian Rewards sebagai program ganjaran #1 di negara ini.
Beliau berkata untuk meraikan pelancaran rasmi itu, Guardian menganjurkan acara istimewa MYguardian Rewards Fiesta di TRX, menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pengalaman belon udara panas, reruai interaktif, dan konsert yang diterajui oleh kumpulan hip-hop legenda KRU.
“MYguardian Rewards mencerminkan visi kami untuk membina komuniti yang lebih sihat dan lebih berkeyakinan - di samping menjadikan setiap pengalaman membeli-belah seakan sebuah perayaan. Kami mahu pelanggan untuk “Serlahkan kecantikanmu. Utamakan kesejahteraan, ganjaran, dan masa hadapanmu,” katanya.
Daftar di aplikasi guardianMY hari ini dan berpeluang mengumpul mata ganjaran dan rebat serta merta semasa pembayaran sama ada di stor fizikal atau dalam talian.
Faedah lain, termasuk penyertaan automatik dalam peraduan, tawaran harian menarik dan hadiah istimewa sempena bulan kelahiran.
“Pelajar berumur 21 tahun ke atas akan menikmati diskaun tambahan 10 peratus setiap Selasa dengan menunjukkan kad pelajar mereka,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, ahli yang mendaftar akan menerima 10 kali mata ganjaran untuk pembelian pertama serta baucar Guardian bernilai RM250 secara percuma.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial