AM

Rundingan FTA Malaysia-GCC Dijangka Bermula 27 Mei

24/05/2025 07:44 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dijangka bermula pada 27 Mei, 2025.

Menurut seorang diplomat GCC, FTA itu masih di peringkat perancangan dengan rundingan akan bermula di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di sini minggu depan.

“FTA antara Malaysia dan GCC masih dibincangkan,” kata diplomat itu.

GCC yang kaya dengan minyak berkenaan meliputi enam negara iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Oman.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” akan mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Bersempena dengan sidang kemuncak itu, dua mesyuarat peringkat tinggi utama -- Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan -- merupakan platform penting untuk memperluas kerjasama serantau dan antara rantau.

Sebelum ini, Malaysia telah mempengerusikan ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan