AM

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Nas Ahmad Dan Jurugambar Veteran NSTP

01/05/2025 06:14 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat wartawan hiburan yang disegani Md Nasir Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad, yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi, menerusi hantaran di Facebook, turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat  jurugambar veteran The New Straits Times Press (M) Berhad Dzulkifli Mustapha, yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Industri media tanah air kehilangan dua lagi figura yang banyak menabur jasa dan bakti dalam bidang diceburi.

“Satu ketika dahulu, mereka antara perakam dan pelapor detik-detik bersejarah, selain menyampaikan pelbagai kisah yang mewarnai kehidupan masyarakat negara ini,” katanya.

Beliau turut mengajak semua untuk sama-sama mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Nas Ahmad, 63, yang juga bekas penerbit dan wartawan Melodi, menghembuskan nafas terakhir pada 9.49 pagi di Hospital Sungai Buloh selepas mengalami masalah pernafasan manakala Dzulkifli, 65, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada kira-kira 1 tengah hari semalam akibat kanser usus.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan