AM

Kerajaan Segerakan Pengisian Lebih 4,000 Jawatan Doktor Di Fasiliti Kesihatan - PM Anwar

23/07/2025 01:06 PM

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu diambil susulan keperluan mendesak terhadap sektor penjagaan kesihatan dalam negara.

“Ada keluhan beberapa jawatan penting yang menyentuh kepentingan rakyat umpamanya doktor.

“Jadi kita putuskan bahawa sementara perkhidmatan harus lebih baik, ada doktor kontrak dan doktor baharu diperlukan,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan