AM

KKM Guna AI, Kenal Pasti "Hotspot" Denggi - Dzulkefly

22/07/2025 02:09 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai satu cara untuk mengenal pasti kawasan hotspot atau titik panas wabak denggi, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Dzulkefly berkata sistem AI yang sedang dibangunkan oleh KKM itu akan menggunakan pendekatan predictive atau ramalan untuk mengesan lebih awal kawasan titik panas penularan denggi.

"Kematian akibat denggi kini melebihi COVID-19, dengan tahun ini sebanyak 21 kematian dicatatkan manakala COVID-19 hanya satu.

"Bagaimanapun, jumlah itu merupakan penurunan kerana tahun lepas terdapat 83,000 kes dengan 117 kematian," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).

Dr Ahmad Yunus ingin tahu mengenai inisiatif KKM untuk menggalakkan program berkaitan bagi menangani wabak denggi terutama di kawasan hotspot berulang. 

Dzulkefly berkata ketika ini Selangor mencatatkan kes tertinggi demam denggi diikuti Kuala Lumpur. 

Selain itu, beliau turut memaklumkan program nyamuk berwolbachia yang dilaksanakan di 45 lokaliti menunjukkan keberkesanan antara 45 hingga 100 peratus dalam mengawal populasi nyamuk Aedes.

Menjawab soalan asal Ahmad Yunus mengenai status pembangunan vaksin denggi, Dzulkefly berkata KKM sedang giat membangunkannya melalui penyelidikan dan pembanguna (R&D) di Universiti Malaya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan